Anonymous
6 tahun
Delay period 21 hari
Sya berusia 44 dan period dah 21 Hari delay sya takot utk buat upt sekarang nie bila bangun pagi sya pening…n perlu tidur smlm sy x tidur seperti selalu sya jdi loya nak muntah… Perot pula rase macam sedikit kembung n pydara sya sejak kemarin dulu rase x selesa…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat serta gejala lain yang anda sebutkan boleh disebabkan:
- Kehamilan
- Peri-menopaus
- Kesan pil perancang
- Masalah kalenjar pituitari/tiroid/ovari
- Sindrom Polisistik Ovari
- Penyakit Cushing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























