
Sulit
4 tahun
Delay period 3 hari
haii saya wanita 24tahun … mempunyai anak 2tahun 4bulan … saya sangat confuse sekarng ni samada saya hamil ataupun tidak … 1/3-4/3 tu hari period saya … dua hari lepas hbis period saya bersama suami selama 2 minggu tanpa skip … sbb saya mmg nak baby … lepas 2minggu tu saya tk bersama lagii … 29/3 saya test upt naik double line … esoknya iaitu 30/3 saya test lg dan still double line … tp samar2 … klu nk ikutkn saya delay 3hari … saya test lg upt pada siang 2/4 tp -ve pakai clearblue … kebetulan ptg tu jgk saya keluar darah period barangkali … terus down kecewa tk boleh nk ckp apa2 … tp saya period ni dari 2/4hingga 4/4… 3/4 saya ada pergi hospital nurse buat upt dan still -ve … tkda scan apa2 … dan 5/4 harinii darah dh kering … kehamilan boleh terjdik ke walaupun kita bersama suami 2 minggu tu je ? dan apa keputusan saya ni sama ada hamil atau tidak … boleh bg penerangan sedikit tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan anda berasa tidak selesa dengan keadaan yang dialami oleh anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid beliau di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya dapat dijadikan rujukan oleh anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.