Sulit
4 tahun
Demam akibat bengkak tonsil
Umur 48 Tahun.Demam panas akibat bengkak tonsil. Sudah jumpa doktor Dan diberi antibiotik. Bekalan ubat baki dua hari, tapi masih lagi demam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala anda mungkin mengambil sedikit masa sebelum ianya betul-betul sembuh. Lebih-lebih lagi jika keradangan tonsil anda belum lagi sembuh.
Buat masa sekarang, saya nasihatkan untuk anda mengawasi dahulu gejala yang anda alami. Anda juga boleh mengambil paracetamol bagi mengurangkan demam anda serta melakukan sponging. Selain itu, habiskan juga ubat antibiotik anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.