
Sulit
5 tahun
Demam badan rasa lenguh sendi. Sakit tekak
Saya lelaki 22thn semalam saya rasa demam bila makan ubat macam ok.pastu demam balik. Badan lenguh lenguh. Batuk n selsema x ad.cuma sakit tekak. AP Simon?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya beranggapan anda melakukan kesalahan ejaan di atas dan soalan yang ingin anda ajukan adalah, apakah simptom yang anda alami sekarang.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.