
Sulit
4 tahun
Demam batuk sesema badan lemah
saya wanita 24 tahun saya rasa bdn sye demam batuk dan sesema

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah demam adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan tonsil
Kebiasaannya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan sembuh selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor kerana diagnosis yang tepat perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang sempurna.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.