
Sulit
5 tahun
Demam berpanjangan dan sakit kepala
saya wanita beeumur 21, selalu sangat pening demam dan kebas kepala kaki tangan. tapi datang pada waktu pagi dn malam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap sesuatu penyakit terutama jangkitan kuman dan virus. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Merujuk kepada kes anda, sukar untuk dinilai apakah demam ini tinggi atau tidak kerana deskripsi tentang demam adalah subjektif. Seharusnya anda memeriksakan suhu tubuh anda dengan termometer. Tambahan pula, untuk masalah kebas diwaktu pagi dan malam, situasi ini memerlukan keterangan lanjut. Secara amnya, kebas diwaktu pagi dan malam kemungkinan besar adalah terkait dengan suhu ruangan yang lebih dingin.
Bagaimanapun, bagi mengubati masalah anda dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.