
damahom_lursah
5 tahun
Demam berpanjangan Dan sakit sendi
Hi Dr. Saya azrul. Saya nak Tanya, saya dah seminggu lebih demam on Dan off. Dengue test Dan influenza test dah buat tapi both were negative. Cuma saya sakit kepala, badan memang sangat sakit terutamanya muscle Dan joints. Bersin yg agak teruk sampai mata pun bengkak Dan mcm kena allergic rhinitis. Batuk Dan tekak agak berkahak. Ubat dah makan. Sampai 2 kali tukar ubat tapi still tak baik. Antibiotics azithromycin pun dah ambil. Now saya on pcm, azithromycin, eye drop, flu med, Dan difflam spray. Tapi still tak OK. Apa nasihat Dr? Dalam masa yang sama saya menahan sakit di left hip saya sebab saya ada left hip chronic labral tear. Dah setahun lebih saya sakit. Surgeries dah buat… Adakah ini berkaitan dengan demam saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam yang berpanjangan yang anda alami ini memerlukan pemeriksaan dan ujian lebih terperinci bagi mengenalpasti puncanya, Hal ini kerana ia boleh berpunca daripada jangkitan kuman yang terdapat pada organ dalaman yang masih belum dihapuskan lagi. Selain itu, demam berpanjangan juga boleh disebabkan penyakit keradangan kronik atau ketumbuhan dalam badan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.