
Sulit
4 tahun
Demam biasa disertai sakit kerongkong yg agak kuat selama 4 hari
Sy berusia 21 tahun, sy mengalami demam yg agak biasa sahaja tp sudah 4 hari, disertai dgn sakit kerongkong menyebabkan kesukaran menelan air liur. Masuk hari ke-4 sy sakit kerongkong belah kiri pulak. Tapi sy tak batuk atau mempunyai masalah kesukaran bernafas pun. Sy dh mkn pelbagai jenis ubat2, buah, dan madu tetapi hasilnya tidak begitu menjadi, reda kejap je…minta pencerahan dpd doktor, sy risau sy dijangkiti covid

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Disebabkan sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Masalah yang anda hadapi berkemungkinan disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Allergic Rhinitis
- Sinusitis (Keradangan sinus)
- Demam denggi
- Keradangan
Dapat anda lihat, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih