
hazwanihashrun
5 tahun
Demam dan allergy ubat
Saya berusia 32 tahun dan mempunyai masala asthma dan darah tinggi dan on medication. Kini saya demam, tetapi sy allergy terhadap pcm dan ibuprofen. Ada option lain utk ubt demam atau tidak.saya juga mempunyai alahan terhadap augmentin dan voltaren.

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah diajukan. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan demam berpanjangan seperti:
- Demam tifoid
- Demam denggi
- Demam malaria
- Demam chikungunya
- Penyakit tibi
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Buat masa ini, memandangkan anda mengalami alahan pada ubat-ubatan diatas, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan terus daripada doktor kerana ubat alternatif memerlukan preskripsi serta punca demam anda harus dikenalpasti bagi memberi rawatan yang bukan sekadar merawat demam namun merawat punca sebenar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor swasta atau di KK. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.