amirulhisyamakq
4 tahun
Demam dan batok dan skit dada
Mak sy baru balik dari umrah dan dia derita demam ,batok berpanjagan dan skit dada sudah 7 hari tapi masih belom semboh segala ubat klnik bagi terah hbis tapi masih juga belom sembuh
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang ibu anda alami ini boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman (virus/bakteria) dalam paru-paru/saluran udara
- Penyakit jantung
- Penyakit darah beku dalam paru-paru (“Pulmonary Embolism”)
- Jangkitan tibi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Ibu anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.