
Sulit
4 tahun
Demam dan masih breastfeed
Boleh ke orang dewasa menggunakan suppository?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, ubat-ubatan demam jenis suppository adalah jenis ubat yang dimasukkan melalui punggung. Antara indikasi penggunaan jenis ubat ini pada dewasa adalah apabila tidak boleh makan kerana selalu muntah-muntah.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!