kordidasilva86
3 tahun
Demam dan Pengsan - panas
Sy berusia 34 tahun. Saya mengalami demam dengan disertai lenguh dan sengal di bahagian sendi. Saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan. Bacaan suhu badan sy 38 darjah celcius ketika pemeriksaan (bacaan selepas sy mandi)
Saya telah makan ubat demam dan antibiotik seperti disarankan doktor. Pada malam harinya, suhu badan saya semakin meningkat dan menyebabkan saya pengsan selepas ke tandas (lebih kurang 1 minit). Keadaan saya pada waktu itu sangat lemah dengan mata hitam saya memandang ke arah atas hingga hanya kelihatan bahagian putih mata sahaja. Saya tidak mampu memberikan respons walaupun saya dapat mendengar panggilan isteri saya ketika itu.
Selepas saya tersedar semula, tubuh badan saya mula mengeluarkan peluh yang sangat banyak seperti saya merendamkan baju ke dalam air. Saya berada dalam keadaan lemah dan segera ke hospital.
Ketika di hospital, doktor yang melakukan pemeriksaan mendapat tubuh badan saya normal dengan tekanan darah 110/78 dan degupan jantung 85. Bacaan oksigen dalam darah juga normal. Suhu badan saya juga turun sehingga 37.
Perkara sebegini merupakan kali kedua berlaku
Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Bolehkah doktor memberikan penjelasan.
Sekian, terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah jantung (Infektif Endocarditis)
- Masalah hipotensi
- Sawan
- Masalah neurologi (Otak dan saraf)
Gejala yang diterangkan anda tidak cukup untuk memberi diagnosa yang tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.