
Sulit
4 tahun
Demam dan pening kepala sehingga tidak dapat berdiri lama
Saya wanita umur 20 Ahad lalu saya tiba ii demam mengejut dan sakit kepala yg berdenyut sampai tak boleh berdiri,duduk and baring tapi demam saya tidak melebihi 37.5 celcius, saya demam dan sakit kepala selama dua hari,hilang deria rasa, dan bila makan rasa macam nak termuntah, perut pulak asyik berbunyi minta diisi dan hari ke 3 demam dah baik tapi start cirit birit dan setiap kali makan rasa loya, adakah ini demam denggi or demam yg lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, demam boleh disebabkan oleh perkara seperti:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Memandangkan mutakhir ini, dunia berdepan dengan wabak COVID-19, anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau gejala yang anda hadapi. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.