
hamsani456
6 tahun
Demam dan puncanya tidak dikenal pasti
Saya berumur 17 dan mengalami sedikit malnutrition (berat badan 45,tinggi 168,lelaki), tetapi saya nekad untuk berpuasa. Suhu di luar meningkat mendadak sehingga 37°C(selalunya 25°C) dan saya jarang berada di luar. Suhu saya adalah kira2 39°C jika dibundarkan. Saya ingin tahu bahawa adakah saya demam diakibatkan “Malnutrition + Puasa” atau kerana “Heat wave” dan Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda demam boleh disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Cuaca panas melampau
- Jangkitan pada mana mana bahagian tubuh
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang pada mana-mana bahagian tubuh
- Masalah kesihatan lain yang lebih spesifik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.