ahmadsaiful10
4 tahun
Demam dan sakit sendi dah hampir seminggu lama
Mak saya wanita berumur 55 tahun mengalami masalah panas badan dan terasa panas di bahagian tengkuk…rasa sakit2 sendi dan gatal rasa gatal ditekak…harap Dr boleh tolong mak saya
4 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, panas badan yang ibu anda nyatakan agak subjektif dan memerlukan kiraan menggunakan termometer. Hal ini kerana panas badan boleh disebabkan:
- hormon tiroid berlebihan
- menopause
- obesiti
- sindrom premenstrual
Sakit sendi dan gatal tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan lain selain COVId-19. Antaranya:
- jangkitan common cold/influenza
- obesiti
- cuaca panas dan kurang air
- osteoarthritis
- rheumatoid arthritis
- gout
Keperluan ujian adalah bergantung kepada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.