
iraaminhoo32
5 tahun
Demam dan sakit urat badan
saya gadis 21 tahun . student . sudah 4 hari saya mengalami demam sakit urat . first demam sy mengalami demam sakit kepala dan sakit urat yg terlampau . bila paginya saya ke klinik panas tersebut sudah berkurang , cek darah apa semua tidak ada yg mencurigakan. tetapi bila masuk mlm panas badan kembali lgi . masuk hari ke 5 doctor bagi ubat demam dan antibiotik , mlm tu sy telan antibiotik 2 biji dan ubat demam 2 biji . bangun keesokkanya sy mengalami gatal2 di tapak tangan , dan lengan naik kemerahan . kenapa ye doktor ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Cacar air (chicken pox) jika anda tidak pernah mengalaminnya
- Kayap
- Demam herpes - akibat virus herpes simplex
- Alahan pada antibiotik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti warna, bentuk dan tempat-tempat bintikan tersebut dan sejarah kesihatan yang lain serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.