Sulit
3 tahun
Demam disebabkan covid atau ketumbuhan
Hai doktor, saya sudah demam selama seminggu (on off) dan selsema. Dan kadang2 ada rasa gatal kerongkong dan agak sedikit lenguh2 badan, tapi sekejap2 sahaja. Dan saya tiada kontak rapat pesakit covid mahupun pulang dari luar negara. Tetapi saya ada pulang dr kl ke kedah menaiki bas bersama saudara lain. Saya juga disahkn dr bahwa ada ketumbuhan disebelah rahim saya (dr ckp cyst or fibroid). Jadi demam yg saya alami ni disebabkn ketumbuhan or kemungkinan Covid? Saya amat rungsing kerana saya ada adik kecil berusia 2 tahun.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, demam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus termasuklah coronavirus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Sukar untuk memastikan punca sebenar demam anda hanya dengan maklumat yang diberikan.
Selain itu, menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.