
zulfafarisha
5 tahun
Demam malam dan tonsil bengkak
Assalamualaikum . Saya berumur 24 tahun . Sebelum ni saya mmg selalu sakit tonsil . Kalau tonsil saya bengkak automatik saya akan demam2. So dah 3-4 hari saya sakit tonsil , susah untuk telan air liur , adakah itu termasuk dengan simptom covid sakit tekak . Dan saya juga asyik demam waktu malam sahaja. Demam yang selsema skit2 . Tapi setiap hari saya akan check suhu . Selalu nya tidak melebihi 37°. Adakah saya patut buat saringan ?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, tonsil dan demam pada waktu malam sahaja bukan gejala CoViD-19. Ia mungkin disebabkan radang tonsil/ jangkitan kuman pada tonsil.
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.