
Sulit
5 tahun
Demam on off, batuk dan selsema tiada, pening dah sakit badan sahaja
Saya perempuan berumur 20 tahun. Semalam demam then lepas makan ubat suhu turun. Tapi malam tadi demam balik, rasa sejuk sangat, pening dan badan lenguh. Kaki dan bahu sakit. Tapi pagi ni demam dah kebah balik cuma sakit kaki dan pening tak hilang. Thank you.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Demam denggi
- Demam malaria
- Jangkitan tifoid
- Leptopspirosis
- Jangkitan tibi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.