Sulit
3 tahun
Demam on off dalam suhu 37.5
Sye batuk dh seminggu sekarang berkurangan. Tp 19 haribulan tu sakit tekak smpai sekarang. Demam on off on off dlm suhu 37.6 . Demam start 19hb smpai harini 21 hb. 2 kali dah g checkup klinik swasta. Cuma suruh habiskan antibiotik dulu . Klau berlanjuta. Demam sye ni macam mne ye
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda telah berjumpa doktor dan telah mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Memandangkan doktor anda memberik antibiotik, saya beranggapan demam anda disebabkan oleh jangkitan bakteria. Oleh itu, anda harus menghabiskan antibiotik yang diberikan.
Namun begitu, untuk makluman pihak anda, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Konsultasi yang kami dapat berikan sangat terhad kerana untuk medapatkan kesimpulan yang tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan harus dilakukan.
Justeru, sekiranya demam anda berterusan, anda disarankan untuk pergi ke hospital. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan diagnosis serta rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.