
Sulit
5 tahun
Demam on & off lebih dari sebulan
Saya wanita berumur 46 thn mengalami demam on & off selama lebih sebulan setengah…suhu bdn antara 36.5C - 37.5C. Suhu akan naik sedikit jika menjalankan aktiviti rumah tetapi selalunya pada 37.2C pada siang hari. Penat, badan lenguh dan “light headed”. Tiada batuk tetapi kekadang throat iritated/gatal. Ada history gastrik, gerd, sinus, gallbladder stone, jadi gejala gastrik & sinus seperti bersin,“running nose”, selsema, merupakan gejala biasa yang selalu dialami. Juga mengalami “Chest tightness” atau terasa berat semasa bernafas sejak beberapa bulan yang lalu, telah membuat Xray di hospital pada bulan January 2020 tetapi doktor kata Xray normal. Gejala yang sama masih berlarutan. Sejak lebih sebulan (on & off) mengambil Panadol, Telfast & Fluimucil tetapi tiada perubahan ketara. Oleh kerana minggu hadapan kena kembali bekerja…perlukah saya menjalani saringan Covid-19 sebelum ke hospital atau kembali bekerja.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:
Demam denggi
Demam malaria
Jangkitan leptospirosis
Jangkitan tifoid
Tuberkulosis
Tonsilitis
Allergic rhinitis
Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
Jangkitan di telinga (otitis media)
Gejala ketidakselesaan di tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.