Sulit
3 tahun
Demam on off, rasa mual dan pening kepala. Ikutkan esok due period 8thn kawin belum ada anak lagi
Saya wanita berusia 36tahun telah sudah 4 hari demam, Biasa tengahari hingga sebelum malam tinggi suhu, ada kadang mual pening kepala dan cirit birit. Sudah makan ubat demam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan dalam usus
- Masalah hempedu
- Masalah tiroid seperti hipertiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.