
Sulit
4 tahun
Demam on & off sejak 3 hari
Saya berumur 36 tahun. Sudah 3 hari saya mengalami keadaan yang tidak konsisten di mana badan berasa sejuk yang melampau namun agak on & off. Dan juga kepala dan badan terasa sakit dan lemah.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Gejala demam tersebut boleh menandakan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh, namun demam yang naik turun serta berpanjangan (melebihi tiga hari) perlu dikaji dengan lebih teliti oleh pihak kesihatan, kerana dikhuatiri:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
- dll.
Tambahan lagi, badan sejuk ketika demam adalah suatu proses yang lazim berlaku kerana proses penerimaan regulasi suhu dan proses homeostasis tubuh mengalami gangguan yang boleh dipicu oleh faktor-faktor diatas.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.