
Anonymous
6 tahun
Demam panas di waktu malam
sy wanita 20an sy mmpunyai anak 2 org…anak kedua sy nie lelaki…sy ingin bertanya apa tindakan yg perlu sy ambil…sudah dua hari sy lihat…jika waktu mlm anak sy ini demam sehingga memcecah 38.5 …anak lleki sy berusia 7bulan…lepas sy bgi ubay demam…xlama lps tu demam dia kebah dan suhu bdan dia kembali normal…tetapi…esok harinyer…keadaan sama berlaku lagi…apa yg perlu sy lakukan.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana merujuk kepada kami tentang masalah anda. Sebenarnya, tidak kira kanak-kanak ataupun golongan dewasa, demam adalah masalah kesihatan yang kerap berlaku. Hal ini berlaku kerana demam adalah salah satu cara badan kita mempertahankan diri daripada jangkitan. Demam adalah suhu badan melebihi 38 Celcius bila disukat dengan termometer. Kami sarankan untuk anda membeli termometer di farmasi berdekatan supaya anda boleh memantau keadaan anak anda.
Untuk pengetahuan semua, demam malam ini adalah sebuah kondisi di mana kanak-kanak ini akan aktif pada waktu siang, seperti tiada masalah kesihatan langsung, tetapi di waktu malam mereka akan demam. Ini selalunya berlaku kerana imunasi mereka belum matang sepenuhnya. Jadi, mana-mana jangkitan virus dan bakteria akan menyebabkan mereka demam kerana badan sedang melawan infeksi tersebut. Kanak-kanak yangsedang berkembang sering terdedah kepada kekotoran dan kuman ketika melakukan aktiviti harian. Oleh kerana itu, mereka senang mendapat infeksi.
Nasihat saya adalah untuk anda membawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut supaya punca demam malam anak anda boleh dikenalpasti. Buat masa ini, anda harus memastikan makanan anak seimbang, galakkan dia minum air, pada waktu demam lapkan badannya dengan tuala basah dan juga pastikan dia mendapat rehat yang secukupnya. Selain itu, saya juga mengesyorkan untuk memakaikan anak anda pakaian yang nipis pada waktu malam supaya haba boleh keluar. Kain kapas bagus kerana ia juga menyerap peluh dan sangat selesa untuk dipakai. Kami di sini mengharapkan yang terbaik untuk anak anda.