
fx141230
5 tahun
Demam panas lebih seminggu
saya lelaki 20’an. kepala saya pening perut saya sakit dan tekak saya loya. sudah 8 hari saya demam. suhu badan saya 40°C. saya dah makan ubat tetapi suhu badan saya masih tidak turun. adakah simptom lain yang menjadi sebab untuk sakit saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai punca demam serta sakit perut seperti:
- Demam denggi atau tibi
- Penyakit radang usus
- Ketumbuhan/kanser usus/perut
- Kencing manis
- Penyakit auto-imun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.