
Sulit
5 tahun
Demam panas. Mudah dijangkiti demam
Saya wanita berumur 23. Saya kerap demam 2 atau 3 bulan sekali saya akan demam . Dan saya juga mudah berjangkit dengan orang demam. Adakah saya perlu membuat full check up untuk mengetahui masalah badan. Atau itu perkara biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keluhan demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Namun, demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- demam denggi
- viral
- penyakit tuberkulosis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.