
Sulit
4 tahun
Demam ringan selama seminggu
Saya ingin bertanya, saya mengalami demam seram sejuk sekejap elok skejap panas selama seminggu.Tapi tidak rasa sakit kepala dan sebagainya cuma keletihan. Bila check di klinik kesihatan doktor ambil sampel darah dan membuat kesimpulan bahawa saya tidak mengalami jangkitan kuman. Kebiasaannya ujian saringan darah apa yg doktor jalankan dan bolehkah doktor tersebut sahkan tiada jangkitan hiv?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya beranggapan ujian darah yang anda lakukan adalah full blood count yang melihat kepada jumlah darah anda secara keseluruhan termasuklah darah putih. Kebiasaannya, bacaan darah putih ini akan meningkat sekiranya berlaku jangkitan kuman. Doktor yang merawat anda mungkin membuat kesimpulan tiada jangkitan berlaku melalui bacaan darah putih anda yang normal.
Akan tetapi, penerangan yang saya berikan hanyalah keterangan am dan mungkin tidak tepat kerana saya tiada maklumat lanjut. Ini hanyalah dari pendapat saya berdasarkan situasi serta maklumat terhad yang anda berikan di atas. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Selain itu, untuk mengesahkan jangkitan HIV, ianya juga dilakukan melalui ujian darah yang belainan dari ujian full blood count. Sekiranya sesorang doktor ingin melakukan ujian ini, doktor tersebut akan menerangkan keperluan untuk beliau melakukan ujian tersebut dan mendapatkan kebenaran dari anda. Oleh itu, anda akan tahu sekiranya doktor tersebut melakukan ujian saringan HIV.
Jawapan ini adalah keterangan am mengenai soalan yang diajukan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.