
Sulit
4 tahun
Demam, sakit kepala, sakit badan, batuk kering, malam2 sejuk sampai ketar
Hai dr, saya mengandung 27 minggu dan sudah 4 hari demam, kepala sgt2 sakit dan batuk yg tiada kahak. Adakah demam akan menjejaskan bayi dan perlukah saya menjalani ujian darah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah demam adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Kebiasaannya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan kebah selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Sebab sakit kepala :
- Kurang rehat dan tidur
- Stres
- Migrain
- Hipertensi atau darah tinggi
- Radang sinus atau sinusitis
- Ketumbuhan otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, maklumat diatas adalah keterangan am bagi masalah yang dihadapi oleh anda. Pihak kami sarankan agar anda berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!