
Sulit
4 tahun
DEMAM secara kerap dalam tmpoh sebulan lebih.. on off demam tu.. gejala-sakit badan, panas badan kadang2 pening kepala
hello. saya berumur 24tahun.bemula 27.9 sehingga hari ini 1.11 saya sudah 5x mengalami demam ringan… deman dgn suhu 37.5-37.8… dan demam saya hanya mengambil masa 3hri utk sembuh… kenapa ini terjadi ya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah demam adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Kebiasaannya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan sembuh selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor kerana diagnosis yang tepat perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang sempurna.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.