Sulit
5 tahun
Demam selepas pulang dari indonesia
Salam, saya baru sahaja pulang dari indonesia pada isnin lepas, baru sahaja demam pada hari rabu, tiada simptom lain kecuali demam… cuma kurang pasti demam kepenatan atau sebaliknya. Adakah saya perlu membuat saringan di hospital terdekat. Tq.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
jangkitan virus
jangkitan kuman
demam denggi
Anda disarankan untuk minum air dengan mencukupi. Anda juga harus memantau gejala-gejala COVID19 sepanjang 14 hari anda baru pulang dari negara tersebut.
Walaubagaimanapun, kami tidak menolak risiko jangkitan COVID19. Anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anak anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Kenali gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































