Sulit
4 tahun
Demam , Selsema dan Susah Bernafas
Hi doctor , 13th saya start batuk and selsema but not heavy cough then 15th saya refer pada swasta doctor . saya on of tak sihat kejap batuk kejap selsema dan badan dedo . After im fully recover on 22th saya ada buat kerja rumah and 24th saya mula demam dan selsema and me also refer to swasta doctor until now demam dan selsema dah ok but sometime me hard to breathe . It’s normal ? Tapi kalini tak ada batuk atau sakit tekak . Im fully flu .
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah demam, selsema dan kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- COPD
Masalah kesukaran bernafas khususnya boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.