
sherryserina
5 tahun
Demam semakin teruk pada waktu Malam
Hi, Suami saya berumur 29 tahun Demam . Siang hari suhu demam turun tapi pada malam hari suhu meningkat hingga dia mengigil. Dia juga mengalami selsema & batuk2 yang teruk. Selalunya Demam sekejap sahaja Ini dah seminggu masih teruk jugak. Suami ada pergi hospital 3 hari lepas sebab betul2 lemah untuk check ujian darah dan urine tapi result tak ada apa2. Sampai sekarang masih demam tapi waktu malam memang demam semakin teruk. Suami saya kerap hisap vape , ambil supliment dan hari2 workout even penatif sekali pun. Adakah sebab itu yang melemah & menyukarkan dia sembuh??? Ada cara kah untuk dia sembuh dari demam malam yang teruk tu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam yang dialami oleh suami anda boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Demam influenza
- Penyakit tibi
- Jangkitan saluran udara (bronkitis) atau paru-paru (pneumonia)
- Keradangan saluran udara - seperti penyakit COPD (paru-paru sempit)
Untuk mengatasi masalah demam ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah suami anda dengan dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.