
Sulit
5 tahun
Demam suhu 39 ke atas
Anak saya berumur 10 bulan demam suhu 39 ke atas. Demam Secara tiba2 start tengok

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, demam merupakan reaksi badan terhadap sesuatu jangkitan atau apabila terdapat keradangan yang berlaku di dalam badan. Terdapat pelbagai punca kepada masalah demam seperti:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Meningitis
- Strok haba
Walaubagaimanapun, disebabkan anak anda adalah bayi yang baru berusia 10 bulan dan mengalami gejala demam panas, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke hospital dengan kadar yang segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana anak anda sedang mengalami demam panas yang boleh membahayakan nyawa. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.