
Sulit
4 tahun
Demam&sukar bernafas
saya wanita 21th, demam last week tapi hampir pulih, tetapi saya rasa slight breathing difficulty dn penginapn saya tiada pengudaraan yg baik, dan saya sgt risau dgn risiko, 16&17 mac saya msih keluar membeli brg2, dlm 40 minit setiap hari tersebut, batuk hanya bila gatal tekak semasa demam. adakah saya berisiko, dr? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, batuk, sesak nafas, sakit sendi boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- radang tonsil
- radang sinus
- dehidrasi
- cuaca panas
- jangkitan virus/kuman
- pneumonia
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.