Sulit
2 tahun
Demam yang berpanjangan dekat 2 minggu
Umur 18tahun, Saya dah buat swab test, result negative covid, tetapi kenapa nak dekat 2 minggu saya masih lagi rasa demam yg on off,sakit tekak dan sedikit selsema. Status saya:belum berkahwin. Mohon penerangan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami demam berpanjangan, seperti:
- Jangkitan saluran pernafasan atas (upper respiratory tract infection)
- Tuberkulosis atau tibi
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Penyakit autoimun seperti multiple sclerosis atau rheumatoid arthritis
- Kanser (disebabkan sistem imun yang lemah dan mudah mendapat jangkitan)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Punca demam berpanjangan perlu diketahui dan disiasat dengan lebih lanjut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.