
Anonymous
4 tahun
Deman berserta sakit kepala
Hai doctor… Sy Qira berumur 26 thun…3 hari lepas sy mula deman… Deman sehingga mengigil… Dan sakit kepala sgt2… Sehingga xboleh bangun… Dan muntah serta hilang selera makan… Dan sy ada ke klinik smlm… Doctor cocok sy 1 jarum ubat sakit urat… Alhamdullilah… Dh xdeman… Tpi kepala masih sakit… Berjalan pon mcm nk jatuh rasa…mata jd kelabu dan cirit birit… Knpe ye…kepala rase berat sgt…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Secara umumnya, demam anda mungkin disebabkan oleh beberapa penyakit di bawah:
- Jangkitan virus atau bakteria seperti penyakit tibi atau sinusitis. Jika anda dijangkiti tibi, anda berkemungkinan besar mengalami demam yang lebih teruk waktu malam, demam menggigil dan berpeluh-peluh, batuk berkahak serta keturunan berat badan. Rawatan yang dapat membantu ialah ubat antibiotik.
- Penyakit kelamin seperti HIV juga boleh menyebabkan demam berlarutan. Seseorang yang mengamalkan seks bebas dan hubungan kelamin tanpa perlindungan berisiko tinggi dijangkiti HIV. Rawatan yang berkesan ada tetapi berpanjangan.
- Penyakit autoimun seperti arthritis rheumatoid, systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD). Bagi penyakit-penyakit ini, anda berkemungkinan besar akan mengalami simptom-simptom lain seperti cirit, sakit sendi dan kemunculan ruam. Rawatan yang diberi biasanya adalah untuk mengawal sistem imun pesakit-pesakit yang terjejas.
- Sebab demam yang lain seperti reaksi terhadap sesetengah ubat.
Oleh sebab rawatan bagi setiap kondisi di atas berbeza-beza, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan atau ujian yang lebih lanjut supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan secepat mungkin. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Sekian, Harap membantu.