
Sulit
4 tahun
Derdesing berpinar perut menggelodak rasa tidak selesa
Saya wanita, 30 tahun, tiba-tiba telinga berdesing, berpinar-pinar dan perut rasa tidak selesa dan nak muntah. Hilang selera makan dah 2 hari

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tentang mata berpinar dan sakit kepala tersebut. Umumnya telinga berdesing dan mata berpinar boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan keseimbangan tubuh (labyrinthitis, tinnitus, vertigo, dll.)
- Gangguan penglihatan (rabun, silau yang ektrim, mata juling, dll.)
- Gangguan organ pendengaran
- Gangguan sakit kepala (migrain, cluster, tension, dll.)
- Gangguan tulang telinga
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala yang teramat
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Saya juga menyarankan anda untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami.
Untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan telinga berdesing dan mata berpinar anda dan agar rawatan yang sesuai dapat diberikan, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu agar pemeriksaan yang lebih komprehensif boleh dijalankan.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya pengetahuan umum sahaja. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.