
Sulit
4 tahun
Deria bau tiada.. sudah 2,3 hari
Sya wanita umur 27 sye dikuartin smpai 18hb… 2,3 hari ni deria bau tiada…bolehkah doctor membantu saya dalam masalah ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah deria bau yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, kebanyakan pesakit COVID-19 melaporkan gejala hilangnya deria bau. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan masalah deria bau, termasuk:
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC )
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini