
Sulit
4 tahun
Dermatofibrosarcoma protuberans dan risiko hamil
Saya berumur 33thn,mempunyai sejarah kanser dermatofibrosarcoma protuberans.di dada. Dan telah menjalani operate kali ke 4 pada February 2021. Bulan april 30hb telah positive hamil 4 ke 5 minggu. Adakah risiko bahaya ke atas diri saya jika teruskan kehamilan ini?
Saya telah pn dnc di klinik swasta kerana bimbangkn kesihatan saya. Darah keluar sedikit dan bewarna coklat sampai sekarang selama 7hari.
Adakah peluang untk hamil lagi dengan selamat dalam keadaan mempunyai sejarah sakit DERMATOFIBROSARCOMA PROTUBERANS.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kehamilan. Untuk makluman anda, secara umum, dermatofibrosarcoma protuberans adalah kanser kulit yang jarang berlaku, namun, berpotensi tinggi untuk berulang jika tidak dibuang sepenuhnya. Terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa dermatofibrosarcoma protuberans boleh menjadi semakin membesar semasa kehamilan. Akan tetapi, ia bergantung kepada kondisi kulit masing-masing individu.
Manakala, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) dalam bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, sekiranya perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu dan lebih banyak, ia boleh terdiri atas beberapa sebab seperti berikut:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya anda segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda. Maklumat dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih