
Sulit
4 tahun
Diagnos Pcos dan kerap mengalami gejala lain
Hi, salam sejahtera. Dulu saya didiagnos PCOS. Dan skrg saya kerap sakit belakang pinggang kiri macam mencucuk. Sakit sekejap saja, kemudian selang dalam tempoh yg lama, datang semula. Dan dalam beberapa hari lalu saya rasa sakit di bahagian rahim. Sakit macam mencucuk, sekejap saja, kemudian hilang. Saya belum berkahwin. Bagaimana ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi wanita. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.