schazeewany
4 tahun
Diagnos SCH dan cara untuk hilangkan pendarahan
Salam sejahtera doc. Sy wanita berusia 27 tahun dan sedang hamil 13 minggu,anak prtama.sepanjang kehamilan,sy telah alami bleeding pd mggu 5,7 dan 10. Pada week 10 adlah bleeding yg paling teruk,heavy bleeding dan trpksa d tahan d wad. Sy di diagnos mpunyai Subchorionic haematom. Yg mnjadikan sy risau adlah pndarahan sy masih tidak berhenti shingga skrg. Adakah normal bg wanita hamil yg ad SCH, mngalami pndarahan dlm tempoh yg lama? Baby sy aktif dlm kndungan. Baru² ni jumpa pakar, ad lg 1cm lbih baki darah beku yg masih berkumpul. Bagaimana SCH ni akan pulih doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) dalm bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, apabila perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu dan lebih banyak, ia boleh terdiri atas:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda. Pada kehamilan tanpa komplikasi, SCH akan sembuh sendiri sebaik kandungan membesar. Namun, sukar untuk ditentukan kondisi SCH anda berdasarkan keluhan anda sahaja.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.