Sulit

3 tahun

Diagnos sebagai Young Hypertension dan selalu melakukan aktiviti fizikal

Hello Doktor. Saya baru-baru diberikan preskripsi 10mg Amlodipine kerana saya telah didiagnos sebagai Young Hypertension di klinik kesihatan kerajaan. Sejak tahun lalu, saya telah melakukan Home Blood Pressure tiga kali sehari. Namun begitu, bacaanya masih dalam lingkungan 160-180 (systolic) dan 80-90 (diastolic). Saya tidak pernah minum dan tidak pernah merokok. Berat sekarang 90kg dan tinggi saya ialah 75kg. Saya telah melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, marathon, berenang, tabata dan zumba setiap hari dalam seminggu. Namun, bacaan masih seperti dalam lingkungan tersebut. Doktor juga telah memeriksa tiroid, creatinine, sodium dan buah pinggang serta melakukan ECG, tiada apa-apa yang tidak normal. Semuanya normal. Sekiranya saya mengalami stress, saya akan mencuba membuat panggilan kepada Ahli Psikologi Klinikal. Tetapi saya dapat merasakan bahawa darah tinggi ini bukan disebabkan oleh stress kerana saya mampu mengawal stress tersebut. Saya menjaga kualiti tidur dan rehat yang mencukupi iaitu tidur pada pukul 11 mlm dan bangun pada pukul 6 pagi. Setelah makan Amlodipine, bacaan systolic adalah 126-140 dan diastolic 69-80. Adakah cara lain yang mampu menurunkan darah tinggi ini? Apalah faktor lain yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah darah tinggi yang anda hadapi. Untuk makluman anda, cara untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi/ hipertensi adalah seperti berikut:

  • Perubahan gaya hidup banyak membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi. Anda disyorkan untuk mengurangkan garam dalam masakan, bersenam secara berdisiplin dan mengekalkan berat badan yang sihat. Bagaimanapun, tahniah kerana anda tidak pernah merokok, hal ini membantu dalam mengawal tekanan darah anda.

  • Tetapi perubahan gaya hidup sahaja mungkin tidak mencukupi untuk mengawal tekanan darah malahan doktor anda akan mengesyorkan pengambilan ubat- ubatan bagi kawalan yang optimum.

  • Sasaran tekanan darah setiap individu berbeza bergantung kepada tahap kesihatan dan umur:

    1. Walaupun 120/80 mm Hg atau lebih rendah adalah matlamat untuk mendapat tekanan darah yang ideal, ia masih sukar bagi pesakit hipertensi untuk mencapai tahap itu.
    2. Kurang dari 150 / 90 mm Hg: Jika anda seorang dewasa yang sihat dan berusia 60 tahun atau lebih tua.
    3. Kurang dari 140 / 90 mm Hg: Jika anda seorang dewasa yang sihat lebih muda dan berumur kurang daripada 60 tahun.
    4. Kurang dari 140 / 90 mm Hg: Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang kronik, kencing manis atau penyakit arteri koronari atau mempunyai risiko untuk mengidap penyakit arteri koronari.
  • Sekiranya anda berumur 60 tahun ke atas dan penggunaan ubat-ubatan menyebabakan tekanan darah sistolik yang lebih rendah dari biasa (kurang daripada 140 mm Hg), rawatan anda tidak perlu diubah kecuali jika ia menyebabkan kesan negatif kepada kualiti kehidupan seharian anda.

  • Jenis ubat tekanan darah tinggi pilihan akan bergantung kepada pengukuran tekanan darah dan sebarang masalah kesihatan anda yang lain.

Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)