Khabib

5 tahun

Disyaki menghidap sifilis

Hi doktor… saya seorang lelaki berumur 32 tahun telah menjalani blood test dan disyaki mengidap syphilis… apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan rawatan? Tq

Hi dan Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat beberapa cara seorang pesakit sifilis mendapatkan rawatan. Penggunaan antibiotik untuk jangka masa yang pendek biasanya boleh menyembuhkan sifilis. Ini hanya boleh didapati dengan preskripsi dan anda perlu diuji sebelum itu. Jenis rawatan yang anda perlukan bergantung pada berapa lama anda mempunyai sifilis. Sifilis yang dijangkiti kurang daripada dua tahun biasanya dirawat dengan suntikan penisilin atau tablet antibiotik selama 10-14 hari jika anda mempunyai alahan terhadap penisilin.

Dalam tempoh anda menerima rawatan untuk jangkitan sifilis, anda dinasihati untuk mengelakkan diri daripada apa-apa jenis aktiviti seksual atau hubungan seksual rapat dengan orang lain sehingga sekurang-kurangnya dua minggu selepas selesai rawatan anda. Ini termasuklah seks faraj, dubur dan oral, serta hubungan kulit yang rapat. Sekiranya anda melakukan hubungan seks semasa rawatan, anda boleh dijangkiti semula atau anda boleh menyebarkan jangkitan tersebut kepada orang lain. Bukan itu sahaja, anda boleh memilih sama ada memberitahu pasangan anda sebelum ini, dengan sokongan dan nasihat daripada kakitangan klinik, atau klinik boleh menghubungi mereka melalui surat atau telefon dan menasihati mereka menjalani pemeriksaan. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda. Penyakit sifilis merupakan sejenis penyakit kelamin yang dijangkiti melalui hubungan seksual atau disebarkan daripada ibu kepada anak ketika hamil.

Bagi penyakit sifilis, ia disahkan melalui gabungan ujian darah serta penilaian klinikal melalui sejarah dan pemeriksaan fizikal pesakit. Walaupun ujian darah pertama menunjukkan keputusan positif, biasanya ujian kedua, akan juga dijalankan untuk mengesahkan bahawa betul-betul terdapatnya jangkitan sifilis.

Ketika menerima rawatan sifilis, pesakit patut mengamalkan seks yang selamat menggunakan kondom ataupun mengelakkan hubungan seks buat sementara waktu untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Pesakit yang menggunakan dadah intravena juga patut berhenti berkongsi jarum untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Pesakit juga patut memberitahu pasangan seks mereka supaya mereka boleh diuji dan dirawat jika perlu.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai encik, terima kasih atas pertanyaan encik. Sifilis adalah jangkitan yang disebabkan oleh sejenis bakteria bernama Trepenoma pallidum. Bakteria ini berjangkit dari seorang kepada seorang yang lain melalui:

  • Hubungan seksual
  • Menerima transfusi darah yang dijangkiti
  • Dari ibu kepada anak di dalam kandungan
  • Bakteria masuk melalui bukaan pada kulit seperti luka apabila seseorang tersentuh permukaan yang tekena jangkitan

Sifilis yang tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk. Perkembangan penyakit ini terbahagi kepada 4 fasa iaitu:

  • “Primary Syphilis”: Peringkat pertama penyakit ini menunjukkan simtom ulser pada bahagian kemaluan. Sebahagian penghidapnya mendapat satu ulser sahaja manakala yang lain mendapat beberapa ulser pada masa yang sama.
  • “Secondary Syphilis”: Beberapa minggu selepas sembuhnya ulser pada bahagian kemaluan, ruam akan tumbuh pada bahagian atas badan seperti dada dan belakang dan kemudiannya mereka ke seluruh tubuh hingga pada tapak tangan dan tapak kaki. Sesetengah orang turut mengalami masalah lebih teruk seperti, rambut gugur, demam, sakit tekak, bengkak kalenjar dan sakit otot. Peringkat ini menyerang dan sembuh beberapa kali sehingga boleh mencapai jangka masa setahun.
  • “Latent Syphilis”: Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan, penyakit ini akan berkembang ke peringkat lebih teruk. Pada peringkat ini, anda tidak mendapat apa-apa simtom tetapi bakteria ini masih ada dalam tubuh anda cuma tersembunyi dan tidak mengakibatkan apa-apa masalah. Sesetengah penghidapnya tiada simtom buat selamanya, namun sebahagian lain akan mendapat peringkat sifilis yang seterusnya iaitu “Tertiary Syphilis” selepas beberapa tahun.
  • “Tertiary Syphilis”: Pada peringkat ini, jangkitan tersebut akan merosakkan organ lain seperti otak, saraf, mata, jantung, pembuluh darah, hati, tulang dan sendi-sendi.

Untuk mendapatkan rawatan bagi masalah ini, anda boleh datang ke mana-mana klinik dan doktor tersebut akan merujuk anda kepada klinik penyakit kelamin (STI). Anda akan diberikan rawatan dengan ubat antibiotic bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis yang anda hidapi serta nasihat mengenai cara-cara mengelakkan jangkitan ini.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)