
imammammama7
5 tahun
Dok setelah melakukan hubugan sex dengan penderita penyakit kelamin.. Apa langsung bisa tertular
Dok semalam saya melakukan hubungn sex… Tapi gak taundia ada pnyakit apa enggaknya… Jika ada pnyakit, apa langsung bisa tertular dok

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Penyakit kelamin adalah penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks atau alat kelamin yang bersentuhan melalui cecair badan seperti air mani dan cecair faraj. Penyakit kelamin juga boleh merebak melalui darah dan bagi sesetengah penyakit, melalui sentuhan kulit. Terdapat pelbagai jenis penyakit kelamin yang wujud seperti HIV, sifilis, gonorrhoea, chlamydia, hepatitis B, human papillomavirus serta herpes.
Biasanya, masalah kesihatan yang seringkali menjadi tanda pertama terdapatnya jangkitan. Contoh tanda-tanda penyakit kelamin termasuk:
- Ruam alat kelamin
- Kencing yang menyakitkan
- Bengkak dan kemerahan di alat kelamin
- Bengkak, ketuat atau luka di mulut, dubur atau alat kelamin
- Keputihan
Apa yang boleh dilakukan untuk untuk mengelakkan penyakit-penyakit ini adalah :
- Elakkan bertukar pasangan
- Pakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual
- Elakkan menjalinkan hubungan seksual sewaktu dijangkiti penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian.Terima Kasih