Sulit
3 tahun
Doktor..kenapa ketika sya kencing..waktu kencing sudah mahu habis vagina saya sakit
Contohnya vagina saya sakit apabila kencng sudah mahu habis…kadang-kadang saya takut mahu pergi tandas…adaka ia disebabkan saya sering menahan kencing??
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya gejala sakit ketika kencing atau disuria boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Vaginal douching
- Tabiat menahan kencing
atau kelainan fungsi saluran kencing (i.e. batu karang, dll)
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.