
Sulit
5 tahun
Dr saya dan pasangan mengadakan hubungan seks tetapi saya hanya melagakan alat kemaluan saya pada pakaian dalamnya (panties) sahaja
Seminggu selepas kami melakukan hubungan seks dengan cara saya melagakan kemaluan saya pada pakaian dalamnya, teman wanita saya datang haid. Hari pertama hingga ketiga “heavy flow” akan tetapi pada hari keempat darah sudah tiada. Hari kelima hingga ke sembilan darah sangat sedikit berwarna coklat gelap. Saya risau sbb saya ada baca mengenai implantaion bleeding. Saya risau sekiranya teman wanita saya hamil. Tolong saya Dr, saya amat risau

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah pendarahan yang teman wanita anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Pendarahan implantasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.