
Sulit
4 tahun
Dua bulan tak datang haid
Saya wanita berumur 23tahun dan sya bru nikah pada 9/3/21… sya x period selama 2bulan… last period masa pertengahan bulan 2… cek pregnancy negetif…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Selain daripada itu, terdapat beberapa sebab juga yang dapat menjelaskan mengapa keputusan ujian kehamilan anda negatif, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.