
amalinadayana11
5 tahun
Dua hari brown spotting, pregnancy test positif tapi keesokan
Saya mengalami brown spotting selama 3 hari. Check upt positif. Tiba tiba hari ni darah keluar banyak sama macam period. Adakah saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab brown spotting yang dialami oleh anda. Antaranya :
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Berkenaan dengan darah yang keluar banyak itu ia mungkin disebabkan oleh keguguran terancam. Saya cadangkan puan untuk ke hospital atau klinik berdekatan dengan segera untuk pemeriksaan lanjut.
Jika puan mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.