Sulit
5 tahun
Dua kali Period dalam sebulan
hi Doc, saya berumur 32 tahun ini. Bulan ini kali pertama saya mengalami period yang tidak teratur, di mana saya mengalami period dua kali di dalam bulan ini sahaja. period yang pertama adalah diawal bulan iaitu 1hb, manakala yang kedua adalah 18hb iaitu selang bbrapa hari selepas waktu subur. Ada terasa nyeri sedikit di bahagian bawah abdomen tetapi tidak berpanjangan. Apakah sebab nya dan adakah ini normal untuk wanita berumur 30 tahun ke atas?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


























