Sulit
2 tahun
Dubur berdarah dan luka selepas buang najis
Saya dah brminggu luka didubur. Sya dah dbri ubat thn skit , buasir hemorid. Hri sblmnya sy berak brdarah dn shri skli. Lpas mkn ubt ni berak sy lmbt trsa. Adkah effect ubt ni. Takut sembelit pulak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu dubur berdarah. kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan anus
Antara punca-punca yang disenaraikan di atas, adalah lebih serius dan memerlukan perhatian doktor segera. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Mengenai kesan ubat yang diambil kami tidak dapat memberikan kesimpulan kerana tidak tahu jenis ubat yang di ambil. Adalah lebih baik untuk anda merujuk doktor yang merawat di atas kewajarannya memberikan anda ubat tersebut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.